Mula bersilat sejak berumur 4 tahun belajar langsung dari ayahanda dan arwah datuknya, piut kapada Panglima Mamat/ Muhammad Che Tambah- Panglima Bugis yang membuka Perkampungan Kg. Baru, Kapalnya mudik melalui Sg Dinding- Manjung. Juga sebelah bapa, keturunan Kesultanan Melayu Patani dan memiliki khazanah Persilatan Ulama Melayu Patani dan Kelantan.

ANTARA KEJAYAAN YANG DIPEROLEH :

PERINGKAT KEBANGSAAN

SUKMA SARAWAK 2016Naib Johan ( Pingat Perak acara Ganda Putera)

Mewakili Malaysia – Naib Johan ( Pingat Perak Aseans Schools di Hanoi, Vietnam )acara Solo Tunggal Baku.

PERINGKAT AKHIR Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Universiti Petronas, Seri Iskandar, Perak Tengah. Jemputan Antarabangsa.

SEKOLAH MENENGAH: Juara Tari Silat SM KPM – di SM Sains Kota Tinggi, Johor.
Juara Solo Tunggal Baku di Puterajaya ( Pemilihan Kebangsaan: Asians School)

SEKOLAH RENDAH: Pernah menyandang naib Juara, Juara Solo Tari Silat Putera, Juara Tempur Putera dan Finalis Tokoh Kokurikulum Kebangsaan.

 

PERINGKAT PERGURUAN
PEWARIS KHAZANAH PERGURUAN.TERBUKA GANGGA NEGARA KEBANGSAAN 2016
Juara Emas Acara Solo Tunggal Baku Putera, Juara Emas Ganda Putera

 

PERINGKAT NEGERI

SUKMA  Peringkat Negeri
Juara Solo Tunggal Baku Negeri Perlis 2012, 2014, 2016
Juara Ganda Negeri Perlis 2012, 2014, 2016

FESTIVAL SILAT SENI DAN PERTANDINGAN TERBUKA PIALA YAB MENTERI BESAR PERLIS 2015
– Juara Emas Solo Tunggal Baku Putera
– Juara Emas Ganda Putera
– Pesilat Terbaik Festival


SEKOLAH RENDAH: Johan Solo Tari Silat Putera Negeri Perak (SR), Johan Tempur Putera (SR)
Tokoh KoKurikulum Negeri Perak (SR)